Sunday, May 22, 2011

Beberapa tahun kemudian...

Assalamualaikum Bapa-bapa, ibu-ibu, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, abang-abang, dan kawan-kawan.

>> Hari ini nak berkongsi tentang pejalanan saya di hujung minggu, Pada hunjung bulan 4 lepas ader satu pengumuman tlah dibuat di kebykan media massa mcm akhbar dan radio tentang  pembukaan semula Bukit Bendera. Jd pada hari ini saya, keluarga serta Pak cik dan Mak cik bersama keluarga (*kredit utk mrk semua) menuju ke destinasi pelancong utama di Pulau Pinang ini. Tapi sebelum cerita Bukit Bendera ada benda yang lebih penting berlaku hari ini.

>> Tanggal 21/05/2011 (Sabtu), bersamaan 17 Jamadil Akhir 1432, Termetrailah perjanjian hidup antara dua insan yang bergelar sepupu kepada penulis blog ini.

Taniah kepada kedua-dua pengantin dan keluarga bagi kedua-dua pihak

Semoga bahagia dan saling sayang menyayangi hingga ke akhir usia.

Sunday, May 15, 2011

Hari guru menjelang tiba....

                                             gambar hiasan dari google

Assalamualaikum cikgu, penolong kanan, pengetua, guru besar, seluruh warga pendidik dan kawan-kawan

>> Tlah lama tak bersua dalam laman maya ni dek kerana telalu sibuk dengan keja. Jd hari ni aku curi-curi masa utk ber blogging kjap hanya untuk buat ucapan hari guru.

>> Terlalu bayk kenangan kalu dingat zaman sekolah dan besama insan bergelar guru. ader yg best dan ader yang sedey. tp aku hari tak nak cerita ttg kenangan atau apa-apa yg sewaktu dengan nya. Sekrang ni aku nk ringkas kan post nie nk terus yang ucapan kepada seluruh warga pendidik diseluruh Malaysia terutamanya

Cikgu Hamidah
Ustazah Salmah
Cikgu Bakar
Cikgu Yusof
Cikgu Zarina
Ustazah Noraini

dan seluruh cikgu dari 
SMK Pauh Jaya
MRSM Balik Pulau
SK Jalan Baharu
SK Sungai Rambai


Selamat Hari Guru 2011
 Guru Penjana Transformasi Negara

Cikgu,
Anda umpama bintang di langit yang menberi arah dikala sesat ditegah lautan yg luas.

TERIMA KASIH CIKGU...................



Sunday, February 6, 2011

Hari Terakhir TBC.

Assalamualaikum... saudara,saudari,tuan,puan.

>> Dah lama tak update blog kesygan ni. maklumlah sibuk ngan keja dari pagi sampai la ke mlm pastu balik je ader aktiviti sampingan. Akhirnya bila sampai depa laptop mcm2 jd. timbul la mcm2 perasan dek kerana penat. Jd, sekembalinya insan ini ke alam nie, nk bwat ucapan dulu utk sume rakan2 yg terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dgn perayaan yg baru jer berlalu sehari yg lalu. Bahang2 panas sambutan dan kemeriah perayaan pun masih lagi bleh terasa kat P.Pinang.

>> Dengan ini saya Guest001 ingin mengucapkan,

Selamat Tahun Baru Cina






Saturday, January 15, 2011

2 minggu sbg intern

Assalamualaikum Saudara dan Saudari,

Sepatutnya aku dah wat post nie miggu lepas, tp sbb kesibukan dengan keja a.k.a latihan industri dan aku berehat utk pulih kan diri aku yg keletihan pada ujung minggu aku pun tak sempat nk bwat post nie. Dah seminggu aku xda kat blog nie. hari-hari teringat nk on tgk tp setiap kali balik je keja rehat jap pastu trus tido. (*mengalahkan org keja shift lagi)

Bercerita pasal latihan industri aku nie, latihan aku kat sebuah kilang nie bermula dgn agak bosan maklum lah baru masuk dah masih blur tak kenal owang dan budaya kat situ, tp ada engineer kat situ yg mmg friendly sgt2. sampai suruh aku panggil mrk dgn pangilan nama mrk je, wah terasa mcm kawan mrk tu pulak. tp bila tny ttg umur mrk tu, perghhh.. tak percaya aku, juruteknik yg lyn aku mcm kwan dia dah 31 tahun umur dia. Dah 10 tahun tua dari aku, tak percaya aku sbb tgk muka mrk2 sume muda2 lagi. Sekrang nk cite pasal aku lak kat kilang tu. aku kat sana dilyn mcm juruteknik gak la (*maklum lah masih diploma) tlg tgk2 operator kat production line bwat keja (*tgk jer pastu sembang ngan operator tu, hehe). sbnrnya aku pun tak tahu apa yg mrk2 tu bwat. sbb kat situ sume nya mekanikal. aku aku nie yg daripada fabrikasi wafer mmg la sgt2 blur. hmm.. sampai hari nie aku juz tgk jer operator bwat kja dan wat beberapa benda yg supervisor  aku suruh wat. hmm...

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25


Pengacara : Faizal Ismail, Ally Iskandar,Cheryl Samad
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Masa : 9.00 Mlm (9 Jan 2011)
Live : TV3, Hot FM

AJL dimulakan dgn persembahan dari penerima

Juara Lagu tahun 1986
Lagu: Sekadar Di Pinggiran
Penyanyi: Fransiska Peter


Juara Lagu 1992
Lagu: Syurga Diwjahmu
Penyanyi : Nash

Juara Lagu 1994
Lagu : Tanya Sama itu HUD HUD
Penyanyi : M. Nasir

Juara Lagu 1997
Lagu :Ghazal Untuk Rabiah
Panyanyi : M. Nasir dan Jamal Abdillah

Monday, January 3, 2011

Letihnya aku...

Assalammualaikum IR/Engineer/Assistance Engineer/Technician/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari.....

Hari nie bermula aku berkerja (*sbnrnya Laithan Industri je). byk benda best dan xbest yg aku lalui hari nie. Tp paling best yang aku wat ari, aku cuba komunikasi ngan org len tanpa mengunakan apa2 bahasa yg aku faham. Entah la, tp td ley dikatakan sbg gagal nk wat insan tu faham. Satu com skill yg xpenah aku belaja atau jumpa kat mana2 sblm nie

Mlm nie sbrnya aku xnk cite sgt ttg latihan industri. aku nk wat penghargaan istimewa wat mereka yg telah byk menyokong aku sejak 1hb yg lalu. sume insan yg dah masuk blog dan wat traffic blog nie up ke 15/hari daripada dulu aku bermula dengan 2/hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...